Friday, January 22, 2021

#Umrah1#

Jujurnya tak pernah terlintas di fikiran aku sebelum ini untuk menunaikan umrah. Perancangan aku, buat yang wajib dahulu iaitu pergi haji. Selepas pergi haji, dah tua-tua esok jika ada duit lebih baru lah pergi umrah pula. Tapi berlainan pula dengan isteri aku. Katanya pergi jalan-jalan tempat lain boleh pula tapi Mekah tak sampai-sampai juga.


"Ok lah, kalau macam tu kita pergi umrah dulu, sebelum kita jalan-jalan pusing dunia" kataku. Memang hebat bunyinya. Macam lah selalu sangat jalan-jalan pusing dunia. Tapi memandangkan persetujuan telah dicapai, dan niat pergi umrah tu pun baik, kami mula survey pakej-pakej yang ditawarkan oleh agen umrah. Ada pelbagai pakej rupanya. Pakej bajet,paket premium, pakej cuti sekolah, pakej Ramadhan, pakej jalan-jalan oversea dulu seblum pergi umrah dan macam-macam lagi. Harga dari RM3999 hingga ke puluh-puluh ribu pun ada. Tepuk poket tanya iman sahaja.


Nak dijadikan cerita, kebetulan pula waktu itu koperasi tempat isteri aku bekerja ada buat pakej umrah. Kami terus mendaftarkan diri dan perancangannya pada tahun 2012 kami akan pergi umrah. Bayaran boleh dibuat secara ansuran dengan sedikit diskaun diberikan sebagai ahli koperasi.
Memandangkan waktu itu anak-anak masih kecil, kami akan pergi berdua. Anak-anak kami rancang tinggalkan di kampung selama 2 minggu.


Seperti yang telah ditakdirkan, enam bulan sebelum tarikh kami berangkat isteri aku kemalangan, jatuh tangga dan cedera pada tempurung lututnya. Dipendek kan cerita, pemergian kami menunaikan umrah dibatalkan pada tahun tersebut. Terfikir juga adakah Allah tidak sudi menerima kami sebagai tetamu ? atau Allah akan memberi kami sesuatu yang lebih baik ?. Cuma Allah sajalah yang tahu.


Selepas isteri aku sembuh dari kecederaan tersebut kami meneruskan hasrat untuk menunaikan umrah. Memandangkan ada rezeki lebih, kali ini kami bercadang pergi sekeluarga. Disamping itu beberapa orang dari famili isteri aku juga akan ikut sama. Antaranya, ibu saudara isteriku (mak we dan chu), sepupu isteriku (diah, suaminya musa dan anaknya damia).


Pakej umrah pun kami ambil dari saudara kami yang menjalankan perniagaan bawa orang kampung pergi umrah dengan usahasama syarikat De Mawardah Travel and Tours. Saudara kami tu pun bukan orang lain, ayah kepada adik ipar aku juga, Haji Mokhtar namanya. Mereka sekeluarga memang menjadi agen kepada Mawardah bagi membawa orang-orang kampung di Sungai Besar menunaikan umrah.


Kumpulan kami juga akan disertai oleh famili adik iparku iaitu anak Haji Mokhtar sendiri (abang nasir, isteri dan dua orang anaknya). Abang nasir akan menjadi ketua kumpulan kami yang seramai kira-kira 43 orang termasuk orang-oarang kampung dari Sungai Besar.


Kursus Umrah


Disebabkan sibuk dengan hal dunia aku cuma sempat hadir kursus umrah sebanyak satu kali sahaja. Itupun sebenarnya aku masih tak berapa faham apa sebenarnya umrah tu. Bila aku baca di internet pun aku masih tak berapa faham. Aku tak nak lah aku ni cuma sekadar ikut2 orang pergi umrah. Nak lah juga tahu prinsip sebenar umrah ni. Kena lah juga tahu flow umrah tu macamana."Kena tanya kawan2 yang pernah pergi umrah/haji juga ni " kata hatiku.


Waktu itu tak ramai lagi kawan aku yang pernah pergi umrah. Batch aku yang pernah pergi umrah cuma ustazah zalina seorang. Beberapa hari sebelum berangkat aku pergi tempat ustazah zalina. "Kau kena ajar aku macamana buat umrah. Aku baca, pergi kursus tapi aku masih tak boleh imagine macamana umrah ni. Aku nak kau ajar berdasarkan pengalaman kau dulu" kataku.


"Senang je lah umrah ni. Niat ihram, tawaf, saie, potong rambut (tahalul), siap dah satu umrah."
"Cuma niat ihram tu kalau kita dari Malaysia ni, kena luar dari Mekah. Kalau dari Madinah kena niat di Bir Ali, kalau dah sampai Mekah kena keluar dari Mekah untuk niat di Tan'im, J'ranah atau Hudaibiyah" tu je, apa susahnya.


"Contoh nanti kau dari Madinah, siap-siap mandi sunat ihram, pakai ihram naik bas nanti singgah di Bir Ali utk sembahyang sunat dan niat ihram. Sampai je mekah terus tawaf 7 kali lepastu Saie 7 kali, last sekali gunting rambut (tahalul) siap dah kau 1 umrah. Lepastu kalau nanti kalau nak buat lagi umrah kau sewa teksi ke Tan'im pergi niat ihram kat sana, balik mekah tawaf, saie, potong rambut siap lagi satu umrah." itu je umrah ni sebenarnya. "Yang lain2 tu ko buatlah solat taubat, mengaji, tawaf, selain dari solat di masjidil haram hari-hari, buat ibadat je lah kat sana.” Yg lain makan kat sana best2, shopping pun best. Macam2 ada.


Pakej yg aku ambil bilik bertiga utk aku, isteri dan amelia dan bilik berempat utk anak aku shira, misha dgn mak we dan opah cu. Kosnya RM7500 satu kepala, dijanjikan bilik hotel sekitar 200 meter dari masjid nabawi dan masjidil haram. Kosnya agak mahal sebab kami pergi bulan Disember, waktu cuti sekolah dan musim sejuk disana. Memang aku rancang pergi waktu musim sejuk kerana di khabar kan kalau pergi musim panas, memang panas gila tak macam di malaysia. Ada kawan pernah cerita dia pergi musim panas umpama ada bara di sekitar dirinya. Tak tahu lah mungkin sebab dia banyak dosa kot.


Pakej yg kami ambil juga ada program ziarah semasa transit di Jordan. Kami akan di bawa melawat Laut Mati dan gua Ashabul Kahfi. Cuma aku agak terkilan tidak dapat melawat Kota Petra di Jordan disebabkan kesuntukan masa. Kota Petra ni pernah dipopularkan dalam cerita Indiana Jones and The Last Crusade.



Bergambar sebelum berangkat

Akhirnya tibalah hari penerbangan kami. Semasa berkumpul dan sesi taklimat di KLIA, haji mokhtar memaklumkan yang mutawif dari Mawardah hanya akan bersama kami di Madinah. Tiada siapa dari pihak Mawardah yang akan menguruskan kami semasa transit di Jordan. Aku dan isteri di lantik sebagai mutawif terjun utk bantu abang nasir. Tak pasal aku pulak jadi mutawif. Tapi itulah kompeni melayu ni suka betul scam saat akhir. Nak jimat kos la tu.


Haji Mokhtar pesan kat aku dan isteri. "Korang nanti tolong abg nasir kau tu kat imegresen dgn kat Jordan, dia tu tak pandai sangat cakap org putih. Harap korang jadi jurucakap lah nanti". Pada aku tak jadi masalah, inilah peluang aku untuk tambah pahala. Bantu abg nasir menguruskan kira2 40 orang kampung jalan2 oversea besar pahalanya tu.


Kami menaiki Boeing 787 Dreamliner dari KLIA ke Jordan. Waktu itu Boeing 787 baru dilancarkan dan aku agak kagum kerana pertama kali menaiki boeing 787. Memandangkan kumpulan kami agak ramai, agak meriah juga suasana dalam flight malam tu. Aku rasa ramai juga antara kumpulan kami yang mungkin pertama kali naik kapalterbang. Lain macam excitednya.


Ada satu peristiwa yg masih ku ingat malam tu dimana aku ditegur oleh seorang peserta dari kumpulan kami bila aku sewenang2nya memberi amelia ubat selsema. Aku seperti biasalah, memang pantang bila anak2 selsema, terus saja aku bagi ubat selsema. Tiba2 aku ditegur. "Encik bagi dia ubat apa ?" Aku terus menjawab "Ceterizine". "Encik bagi berapa banyak ?","Saya bagi separuh ". "Separuh ok lah" katanya. Aku mula pelik. "Eh dah kenapa dia ni menyebok pulak hal aku ?. Tak pasal2 aku kena soal siasat malam tu.


Pelik juga aku dengan kejadian malam itu. Beberapa hari kemudian baru aku tahu bahawa wanita yang menegur aku tu rupanya seorang ahli farmasi. Patutlah dia begitu concern bila tengok aku bagi amelia ubat. Dia tak tahu lagi waktu tu kot yang aku ni sebenarnya doktor juga. Doktor google. Bertuah lah juga kumpulan kami kerana ada ahli farmasi dan akhirnya dia jadi pembekal utama ubat-ubatan untuk kumpulan kami.


Setibanya di Amman Airport aku mula menjalankan tugas sebagai pembantu merangkap jurucakap abang nasir. Abang nasir uruskan orang2 kampung, aku uruskan imegresen. Bila tiba di imegresen aku lah yang kedepan untuk cop paspot sambil bgtahu yang kami datang satu grup dari Malaysia dan cuma transit di Jordan sahaja. Imigresen di sana agak pelik. Walau beratus orang sedang beratur bila dengar azan mereka terus meninggalkan station mereka. Terpingga2 juga aku bila tiba giliran aku utk cop paspot dan pegawai tersebut terus keluar dari station begitu saja. Budaya disana agaknya, bila dengar azan terus tinggalkan hal dunia. 

 

Berjalan dengan grup yang besar bukannya mudah. Kita kena pastikan semua ada sebelum pergi mana2. Seperti biasa lah, ada yang leka entah dimana, ada yang pergi toilet, ada yang pergi hisap rokok mmg pelbagai ragam manusia.



 

 Amman Airport


Selesai urusan imegresen sudah ada pemandu pelancong yang menunggu kami untuk di bawa ke airport hotel untuk berehat seketika sebelum esoknya kami dibawa ziarah ke Laut Mati dan gua Ashabul Kahfi. Di Jordan waktu itu tengah musim sejuk. Suhu nyaman dalam 14-16°c. Keluar je dari airport bila bercakap ada kabus keluar dari mulut. Tersenyum-senyum orang2 kampung dari kumpulan kami termasuk lah aku.


Sampai hotel dah hampir tengah malam. Selesai check in semua, masuk bilik mata terkebil2 tak boleh tidur. Esoknya pagi2 selepas sarapan semua berkumpul untk dibawa melawat Laut Mati.


Ramai ustaz cakap sebenarnya tak bagus lawat Laut Mati ni. "Dah kenapa nak pi lawat tempat Allah turunkan bala ?". Kononnya Laut Mati ni dulu bekas Kota Sodom iaitu kota kaum nabi Lut yang musnah dan di laknatAllah kerana mengamalkan hubungan homoseksual. "Satu kerja sia2 melawat tempat2 sebegini" kata ustaz itu lagi.


Mungkin ustaz tu tak berpeluang kot pergi melawat tempat2 sebegitu. Cuba bagi dia tiket free terus tukar hukum. Sebab ada saja ustaz yang cakap tiada salahnya kita melawat tempat2 sebegitu. Kita boleh jadikan iktibar lihat bagaimana kemurkaan Allah terhadap kaum Nabi Lut. Bagaimana kota Sodom diterbalikkan dan dihempas semula kebumi. Kesan kemurkaan ini hingga kini tiada makhluk yang mampu hidup di Laut Mati.






Laut Mati


Pada aku Laut Mati ni lebih kurang sama sahaja macam laut di malaysia. Pantainya telah dimajukan dan dibina kemudahan awam untuk pelawat. Dan betul memang tiada hidupan yang mampu hidup kerana kadar kemasinan airnya sangat tinggi. Pijak sekejap pun pedih kaki disebabkan kristal2 garam yang agak tajam menjadi seakan batu2 karang. Disebabkan masa lawatan yang terhad, kami tak pula cuba berenang dan terapung sambil baca surat khabar seperti yang dipopularkan oleh media massa. Kami cuma bercanda di pinggiran pantai sahaja.


Kami juga dibawa singgah ke pusat jualan hasil bumi Laut Mati dimana pelbagai produk kulit dan kosmetik dijual. Kononnya produk hasil laut mati ini bagus untuk penyakit kulit seperti kurap dan sebagainya.Yang tak bagusnya harga-harga produk disitu. Walaupun peniaganya bukan berbangsa yahudi, tapi harganya memang harga yahudi. Disamping itu nilai wang Jordan juga agak tinggi berbanding Malaysia. Tak silap aku waktu itu 1 Dinar Jordan kira-kira RM 7.



Pusat Sembelihan


Destinasi seterusnya kami dibawa melawat gua Ashabul Kahfi. Gua kononnya lokasi sebenar dimana kisah tujuh orang pemuda bersama anjing yang tertidur dan kemudiannya bangun semula selepas 309 tahun. Aku sebut konon kerana lokasi sebenar kisah ini masih menjadi tandatanya hingga kini.
Ada yang kata lokasinya di gua Efesus, Anatolia, Turki. Adda yang kata di Damsyik, Syria, dan ada kata lokasi sebenarnya di Amman Jordan yang aku lawat tu lah.


Kisah ini ada juga diceritakan dalam Al Quran, surah Al Kahfi ayat 9 hingga 26.


Secara ringkasnya kisah pemuda Al Kahfi ni menceritakan kisah 7 orang pemuda beriman bersama seekor anjing yang melarikan diri dari raja yang zalim pada waktu itu. Mereka kemudiannya tertidur dan bangun semula selepas 309 tahun dan pemerintah juga telah bertukar kepada raja yang beriman kepada Allah.


Jika difikir secara logik akal, kisah tentang Ashabul Kahfi ni sangatlah pelik, luar biasa dan amat menakjubkan. Tiada manusia yang dapat menjelaskan bagaimana ada orang yang boleh tidur sehingga ratusan tahun tanpa makan dan minum. Namun bagi orang yang beriman dan meyakini Allah tiada yang mustahil jika Allah mengkehendakinya.



Gua Ashabul Kahfi


Disebabkan kami cuma transit separuh hari saja di Jordan, segala2nya kena rush. Balik saja dari lawatan terus bersiap pula untuk penerbangan malam ke Madinah. Penerbangan pukul 4 pagi dari Jordan ke Madinah. Kami dikehendaki berkumpul pukul 1 malam di lobi hotel utk urusan check out sambil menunggu bas yang akan bawa kami ke airport.


Satu masalah timbul malam itu. Semua orang ada di lobi kecuali ketua kumpulan kami abang nasir. Tiada siapa tahu nombor bilik dia termasuk pihak hotel. Isterinya tak tahu nombor bilik dia kerana dia tidur berdua dengan anak lelakinya manakala isterinya tidur bersama anak perempuannya.
Memandangkan masa semakin suntuk kerana bas dari airport hampir tiba akhirnya aku terpaksa mengambil tindakan drastik. Aku terpaksa pergi ke setiap bilik dan ketuk sambil jerit 'Abang Nasir, Abang Nasir'. Terbangun satu hotel malam tu, sampai aku kena 'sound' dengan pelanggan hotel yang terganggu dengan ketukan dan jeritan aku.


Akhirnya jumpa juga aku bilik abang nasir. Sedap betul dia tidur tak ingat dunia, tanpa rasa bersalah, penat agaknya. Bas yang mengambil kami pun tiba dan kami dibawa ke airport Jordan bagi meneruskan penerbangan ke Madinah.



Jordan Airport dan Lobi Airport Hotel


Setibanya di madinah, kami terus dibawa ke hotel tempat penginapan kami. Hotel Al Shurfah namanya. Jaraknya kira2 250 meter dari Masjid Nabawi dan dikelilingi hotel dan kedai2 makan.



Hotel Al Shurfah


Keadaan di Madinah sungguh nyaman dan menenangkan. Persekitarannya bersih walaupun ramai pengunjung luar yg datang menunaikan umrah. Masjid Nabawi pula memang outstanding. Ruang legarnya dikelilingi oleh payung gergasi yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik. Difahamkan yang hasil teduhan payung gergasi ini berjaya menurunkan suhu sebanyak 8 darjah celcius.



Masjid Nabawi





Payung gergasi Masjid Nabawi


Aktiviti kami di Madinah sama saja setiap hari iaitu ibadah, ziarah, makan-makan dan shopping. Pagi2 bangun pergi solat subuh, lepas solat subuh balik hotel sarapan. Lepastu pergi aktiviti ziarah jika ada. Masuk zohor pergi solat zohor pula, balik zohor singgah beli nasi arab makan di hotel atau singgah shopping di bazar sepanjang jalan dari hotel ke masjid Nabawi. Masuk asar pergi solat asar, balik singgah bazar shopping sambil beli kebab atau shwarma. Masuk maghrib pergi solat maghrib, lepastu mengaji, buat solat taubat, solat tasbih sambil tunggu isyak. Masuk isyak solat isyak, balik singgah beli aiskrim beli kebab. Sampai bilik rehat dan tidur. Esoknya ulang balik.

Pakej umrah kami memang ada menyediakan makan 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Tapi selalunya memang tak sedap. Makanan di sekitar hotel lagi banyak pilihan dan sedap2 menyebabkan kami lebih banyak makan di luar.


Seingat aku dia Madinah kami dibawa ziarah ke Kilang Quran, masjid Quba, , bukit Uhud, ladang kurma dan bukit magnet.



Kilang Quran



Masjid Quba



Bukit Uhud



Bukit Magnet



Pasar Kurma